TANAH HARAMAIN





 


Assalamualaikum...
setelah sekian lama tiada sebarang penulisan yang asli di inspirasi dari diri...
kini kembali...
sedarlah penulisan ini hanya sekadar perkongsian...
tiada niat untuk mencipta rasa cemburu di dalam diri yang membaca..
bahkan tidak juga untuk menunjuk...
menulis kerana mahu kalian merasa sesuatu ...
dan diselit juga niat yang lain tersimpan kemas di dalam rahsiaku bersama ilahi...


menyimpan cita-cita itu telah lama...
mulanya dari hanya suka-suka menemani sang bonda pegi khusus haji...
dari tahun ke tahun ...
tiap kali talbiah di laung pasti bergetar jiwa....
hanya mendengar cerita dari bonda...
ya..tak pernah menjejak kaki...tapi keinginan hati telah lama sampai disana...


Dengan izin serta tulisan Allah
bagaikan mimpi....tapi sebenarnya satu realiti...
cita-cita tercapai....
Allahuakbar...
suatu simbol kebesaran allah...
Justeru...
perasaan yang dirasai tidak tergambar oleh akal manusia serta tulisan perkataan...
maka kerana itu bila orang tanya best tak pegi ... seronok?
jawapanku hanya menjawab dgn soalan yang ditanya....
tetapi ketahuilah perasaan sebenar tidak tergambar...
bila nak pulang...ada rasa tak mahu pulang....
ada terlintas ...dapatkan ke datang lagi,,,,
kerana sungguh perjalanannya terlalu jauh ...
bahkan boleh jadi kita pergi dan tak kembali....
 maka janji allah buat mereka yang pegi ke tanah haramain ini ...
pasti ingat kembali tanpa rasa jemu...
Allahuakbar...itulah juga diri turut rasai ketika menulis coretan ini...


Masjid Adbullah bin Abbas , Thaif


Makan Petang daging kibas , Thaif

Pasar Buah-buahan , Thaif (suhu di Thaif ,semakin malam semakin sejuk)

view diambik dari tingkat paling atas masjidil haram..


tiga kubah ini selalu nampak dalam tv...letak tingkat paling atas masjidil haram


satu-satunya gambar family yang ada berlatar belakang kaabah

saie bersama skuter.. merasa ..hehehe



gambar AF sibling lepas saie..cuma tak sure ini umrah yang ke berapa..hehe
gambar bersama bonda ..


jabal rahmah

  





gambar dibawah bagunan hotel....sebelum bergerak ziarah 




Masjid Nabawi




Jabal uhud


 

panorama di dataran Masjidil Haram



panorama sekitar Masjid Nabawi





sungguh kenangan yang dilalui tersemat indah dalam hati dan memori akal....
maka perjalanan ini di beri nama yang istimewa iaitu "damai yang indah "


penulisan waktu dalam perjalanan ke Madinah...Meninggalkan bumi Mekah

penulisan semasa hendak meninggalkan bumi Madinah
penulisan semasa penerbangan pulang ke Malaysia

pesanan ku cuma satu buat yang membaca...
tanamlah cita-cita kerana ibadat ini perlu persedian fizikal juga mental...
pergilah dengan ilmu yang kamu fahami dari sini untuk kamu lakukan ibadat ini dengan baik...
kerana perjalananny sungguh sangat jauh...tapi sangat bermakna...
kamu seperti melancong saat kamu ke tanah haramain ini...
tapi ini pelancongan ibadat ...maka amati dia dan lakukan yang sehabis baik...
Semoga Allah terima...



p/s.. wahai pemilik rindu sang ayah yang kini sudah mencapai 6 tahun dalam jagaan ilahi...ayah ..diba dh sampai ayah kat mekah....semoga allah terima hadiah amalan diba untuk ayah.. Al- Fatihah buat Mohd Fauzi b. Ishak...


sampai jumpa lagi di penulisan seterusnya...fi hifzilah



Comments

Post a Comment

Popular Posts